Rosli Ni Tak Bergaul dengan Orang, Sebab Tu Tak Dapat Zakat - Jenayah

Rosli Ni Tak Bergaul dengan Orang, Sebab Tu Tak Dapat Zakat

jonygoblog.blogspot.com - ROSLI NI TAK BERGAUL DENGAN ORANG, SEBAB TU TAK DAPAT ZAKAT

Saya tak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dpt menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya tiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.


Menyara tiga orang anak yg bersekolah dgn wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yg lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dlm kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yg sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yg kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yg didudukinya dgn kadar RM100 sebulan kini.




"Anak ada tiga, seorang darjah tiga, seorang darjah satu dan seorang lagi pra-sekolah.

"Mereka mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan, jadi tiga anak ni akan berkongsi RM300 untk wang belanja serta keperluan sekolah sehari-hari, " katanya.

Saya benar-benar mengharap wang zakat untk meringankan beban kehidupan - Rosli

Rosli terlibat dlm satu kemalangan motosikal sewaktu dlm perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah pd tahun lepas.

Sejak itu, dia hanya terbaring di atas katilnya setelah seharian mencari rezeki ala kadar dgn kerja-kerja kampung.

Rosli kini tinggal di rumah sewa selepas beberapa kali berpindah dan menetap bersama ibunya yg berusia 77 tahun.

Kata Rosli, paling menyedihkan apabila dikatakan ketua kampungnya tak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pd tahun lepas.

"Dia (ketua kampung) tak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Dia seolah-olah tak mahu melayan saya.

"Saya benar-benar mengharap wang zakat untk meringankan beban kehidupan. Saya sudah memohon tapi sehingga kini masih tak ada sebarang maklum balas.

"Kenapa jadi begini? Saya rasa benar-benar layak untk mendapat zakat dan keperitan hidup dgn bergantung kepada wang bantuan persekolahan, JKM dan kerja-kerja kampung dgn keadaan diri yg tak sempurna benar-benar memeritkan, " katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek berkata, Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya.

Hasan yg jg Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan, Rosli jg tak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya.

"Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah / dokumen yg tak lengkap di sana.

"Kita tak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yg susah, saya sendiri turun padang tiap minggu untk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa jg aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.

"Susah jika ada aduan yg terus ke media tanpa berbincang dgn pihak saya terlebih dahulu. Kita tak mahu ada penduduk yg cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), " katanya.

Dalam pd itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dgn penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.

"Rosli mungkin tak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.

"Saya andaikan Rosli ni kurang hidup bermasyarakat tapi kita akan kaji semula kes ni selepas menerima aduan, kita tak mahu ada penduduk yg terpinggir, " ujarnya.

Menurut laman Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), agihan zakat di negeri itu pd tahun 2013 adlh RM76, 833, 689.98.

Ia merangkumi agihan antaranya kepada amil, miskin, muallaf, fakir dan fisabillilah.

other source : http://slideshare.net, http://reddit.com, http://bud4khot.blogspot.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini