REZEKI!!! NAK KEBUMIKAN ANAK KUCING, JUMPA EMAS 11830
REZEKI!!! Nak Kebumikan Anak Kucing, Jumpa Emas | Rompin – Seorang nelayan yg tinggal di Kampung Perepat, di sini, tak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yg dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yg tertanam di tepi kediamannya.
Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yg diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.
"Bila anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yg saya guna terkena objek keras macam besi.
"Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yg berukir kepala naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yg diperbuat daripada emas. Mungkin ni balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yg menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.
Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dgn bunyi yg sangat kuat, namun selepas diperiksa tak menjumpai sebarang objek.
Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yg menimpa dirinya.
Zulkipli menunjukkan barang berharga yg ditemuinya sambil meriba Miow.
"Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya jg yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dgn rakan-rakan yg rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dgn pisau... warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.
source : http://kompas.com, http://cnn.com, http://apahell.blogspot.com
Komentar
Posting Komentar