Mengenali Personaliti Wanita Melalui Cara Mereka Berjalan

Mengenali Personaliti Wanita Melalui Cara Mereka Berjalan | Mengenal wanita menerusi dari cara berjalan, dimana ianya merupakan pengetahuan yg dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dlm aspek pergaulan.
Walau bagaimanapun, ni merupakan falsafah-falsafah umum. Banyak lagi aspek aspek lain yg perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang wanita.

Mengenali Personaliti Wanita Melalui Cara Mereka Berjalan
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tak memijak tanah. Golongan wanita yg jalannya berginjat, konon wanita ni adalah wanita yg tak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yg berjalan seperti ni jg terkenal dgn sikap egonya. Lebih parah, wanita ni biasanya pemboros / suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yg dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ni biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ni biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yg menganggap wanita seperti ni tak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yg berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ni senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ni memiliki sifat yg tertutup. Ia hanya akan berbual dgn orang-orang yg rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ni biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yg dingin, wanita seperti ni tak peduli dgn kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yg berjaya menawan hati wanita dgn cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ni sangat setia, dan dia tak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ni biasanya memiliki pendirian yg teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yg pernah dikatanya, jika anda tak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ni hanya mahu berbual dgn orang yg berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yg berjalan dgn gaya yg sedemikian tak ambil kisah dgn masalah yg berlaku. Apa pun masalah yg ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yg suka ambil mudah ini, banyak persoalan yg akhirnya tak dpt diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ni tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yg pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yg berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ni sangat lemah perasaannya. Dia seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dgn wanita seperti ni kenalah menjaga perasaannya agar tak tersinggung, kerana wanita ni mudah mengalirkan air mata.

Komentar