Jari Jemari Lelaki Boleh Menjadi Petunjuk Tahap Kesuburan Mereka

Jari Jemari Lelaki Boleh Menjadi Petunjuk Tahap Kesuburan Mereka
Gambar Hiasan..:)
Jari Jemari Lelaki Boleh Menjadi Petunjuk Tahap Kesuburan Mereka | Cuba lihat pd jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dgn orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.
Ramai yg mungkin tak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yg anda sendiri tak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ni telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pd tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).
Kajian jg mendakwa kadar / nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.
Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.
Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dgn jari manis yg lebih panjang berbanding jari telunjuk pd tangan kanan mempunyai, testikel yg lebih besar.
Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dgn jari telunjuk yg lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.
Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar / nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dgn sistem reproduktif.
Ini berasaskan pd penemuan bahawa gen Hox, yg membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.
Kajian terdahulu jg mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dgn jumlah air mani yg dihasilkan.
Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yg pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat tiap peserta.
Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.
Keputusannya menunjukkan bahawa kadar / nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yg lebih panjang mempunyai hubung kait dgn testikel besar dan sebaliknya.
Dalam kajian tersebut penyelidik jg mendapati bahawa umur dan tinggi tak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yg ketara
Apa lagi rahsia pd jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pd individu berlainan jantina.
Mengikut penemuan itu, wanita yg jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yg lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.
Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yg jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.
Penemuan ni dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yg mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dlm komputer untuk mengetahui raut tiap wajah.-BeritaHarian

Komentar