Pengendali Lebuhraya yang Dibenarkan untuk Menaikkan Kadar Tol 2016 - Menteri - Foto

Pengendali Lebuhraya yang Dibenarkan untuk Menaikkan Kadar Tol 2016 - Menteri
jonygoblog.blogspot.com - PARLIMEN: Belum pun sebulan kadar baru 18 tol lebuhraya dinaikkan, kerajaan melalui Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di dewan parlimen semalam membuat satu lagi kejutan baru apabila mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ni dibenarkan untk menaikkan kadar mereka pd tahun depan.

Memetik laporan Malaysiakini, Perkara ni diumumkan oleh Fadillah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pd persidangan Dewan Rakyat semalam.

Menurut Fadillah, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi berkenaan untk menaikkan kadar tol, Putrajaya terpaksa membayar pampasan sebanyak RM593.32 juta seperti yg dinyatakan dlm Bajet 2016.

Berikut adlh senarai 8 lebuhraya yg akan dibenarkan menaikkan kadar tol pd tahun hadapan,

Lapan lebuh raya berkenaan adlh Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus)
Lebuh Raya Link Kedua,
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH)
Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP)
Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB)
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

"(Ini) adlh lebuh raya yg dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu, " kata Fadillah yg jg Ahli Parlimen Petrajaya.

Butiran pampasan adlh Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).

Beliua dlm apda itu berkata, pihak kerajaan telahpun melakukan penambahbaikan terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dgn syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.

Antara terma yg ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dlm perjanjian sebelum ini.

"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yg melalui kawasan itu.

"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yg dianggarkan, maka kita tak akan benarkan kenaikan tol, " katanya.

Beliau jg memberitahu bahawa kadar tol sesuatu lebuhraya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula tiap tempoh masa tertentu seperti yg termaktub dlm perjanjian.

Selain itu, antara terma yg dilakukan penambahbaikkan ialah, kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yg dipersetujui dlm perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yg tertentu.

Kerajaan akan melakukan perbincangan dari semasa ke semasa dgn syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.

"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna."

"Kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yg wajar, " katanya.

other source : http://detik.com, http://tribunnews.com, http://media-info-semasa.blogspot.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini