Kursus Perkahwinan Yapeim di Paris untuk Jimatkan Kos - Parah

Kursus Perkahwinan Yapeim di Paris untuk Jimatkan Kos
jonygoblog.blogspot.com - Kursus perkahwinan yg dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris, Perancis adlh bagi menjimatkan kos, dakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya.

"Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untk kursus perkahwinan, " kata Paimuzi pd sidang media selepas Majlis Mahabbah Alumni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Bangi lewat petang tadi.

Paimuzi berkata ni kerana pelajar Islam di luar negara tak perlu berbelanja lebih semata-mata mahu pulang ke Malaysia bagi menghadiri kursus tersebut.

"Apabila (kursus) dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua / tiga orang di mana belanjanya memang sedikit.

"Itulah keuntungan yg akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untk hadir kursus), " katanya yg jg adlh Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

Menurutnya, pelajar diwajibkan untk menghadiri kursus tersebut.

"Sekarang ni memang peraturan kita bakal pengantin baru perlu menghadiri kursus pra perkahwinan kerana bila balik nanti tak perlu berkursus lagi. Sijil yg dikeluarkan oleh JAWI laku di seluruh negara dan sepanjang masa, " kata Paimuzi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) pd Isnin lalu bahawa wang Yapeim sebanyak RM290, 000 digunakan bagi kursus perkahwinan di Perancis bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tak terpengaruh dgn LGBT.

Kursus program yg dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan’ yg diadakan pd bulan Disember tahun lalu adlh anjuran bersama Jakim, JAWI, Yapeim, MAIWP dan PKPU.

Pengarah NOW, Akmal Nasir, jg mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit merasmikan kursus perkahwinan pd bulan Disember tahun lalu.

Komentar

Postingan populer dari blog ini