Wanita "Gila" Ini Lempar Daging Babi, Simbah Cat Pada Jiran-Jiranya (3 Gambar)

Wanita "Gila" Ini Lempar Daging Babi, Simbah Cat Pada Jiran-Jiranya (3 Gambar)
Wanita "Gila" Ini Lempar Daging Babi, Simbah Cat Pada Jiran-Jiranya (3 Gambar) | KUALA LUMPUR – Penduduk di kawasan perumahan Taman Wangsa Maju Seksyenn 5 hidup dlm ketakutan sejak tiga bulan lalu berikutan perlakuan salah seorang penduduk wanita di kawasan tersebut yg bertindak ganas dgn menyimbah cat pd kereta, membuang daging babi serta memecahkan lampu dan pasu milik jiran berhampiran kediamannya.
Wanita yg berusia 46 tahun itu difahamkan sudah menetap di kawasan perumahan itu beberapa tahun lepas dan sebelum ini, dia jg sering berkelakuan pelik dgn memaki hamun orang ramai yg lalu lalang dan menyimbah air kencing di sebuah rumah penduduk dikawasan tersebut.
S. Ranur Gatheri, 49, yg jg salah seorang penduduk di kawasan itu berkata pebuatan wanita pelik itu semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari lalu.
Wanita "Gila" Ini Lempar Daging Babi, Simbah Cat Pada Jiran-Jiranya (3 Gambar)
“Sebelum ini, kami sudah lali dgn kata-kata kesat yg dilemparkan tetapi apabila dia mula memecahkan pasu bunga dan merosakkan harta benda jiran, kami mulai takut", katanya memetik laporan dari Kosmo!.
Salah seorang lagi penduduk kawasan tersebut yg hanya mahu dikenali sebagai Tan, 58, berkata wanita itu sudah berperangai pelik sejak di berpindah ke kawasan kejiranan ni lebih dari enam tahun yg lalu. Tan berkata wanita pelik itu pernah menyembur air pd kereta arwah isterinya dan turut meludah pd arwah isterinya itu. Selain itu wanita tersebut jg turut merosakkan kereta milik Tan.
"Dia memecahkan tingkap kereta saya dgn menggunakan guli dan jg merosakkan dua buah kereta lain yg kepunyaan keluarga saya," katanya, sambil menambah bahawa pd hari Isnin lepas, wanita itu menyimbah cat di sebuah kereta Perodua Myvi milik teman wanita anaknya.
Wanita "Gila" Ini Lempar Daging Babi, Simbah Cat Pada Jiran-Jiranya (3 Gambar)
Tan turut berkata dia tak tahu kenapa wanita itu berkelakuan seperti itu. Laporan polis telah dibuat selepas wanita tersebut menyimbah cat di kereta Perodua Myvi berkenaan.
Wanita itu bagaimanapun sudah ditangkap oleh polis. Menurut polis wanita itu tak rekod masalah mental namun dia kini sudah dihantar untuk menjalani ujian psikologi. - Siakapkeli.com.my

source : http://fb.com, http://apahell.blogspot.com, http://liputan6.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini

PENEMUAN MUMI DINASTY KE-17 DI MESIR