Kisah Benar : Ibu Bagai Nak Pengsan Bila Tahu Anak Gadis Pernah Diratah

Kisah Benar : Ibu Bagai Nak Pengsan Bila Tahu Anak Gadis Pernah Diratah
Lelaki-Lelaki Jahat Yang Mengintai Anak Gadis
Kisah Benar : Ibu Bagai Nak Pengsan Bila Tahu Anak Gadis Pernah Diratah | Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yg berumur 15 tahun, anak bongsu beliau. Daripada riak mukanya saya tahu ni bukan kes biasa-biasa tentang haid yg tak teratur.
Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?
Wanita itu mungkin dlm lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya jg datang dgn seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.
Dia kelihatan serba salah dan tak tahu untuk memulakan kata. Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.
Lalu saya menerjah - mengandung ke anak Puan?
Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah - tak dpt dibendung lagi.
Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3. Berbagai jg kata-kata pedih ditujukan pd anaknya yg kini menundukkan kepala saja. Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ.
Rupa-rupanya anaknya ditangkap tak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina. Namun dia percaya anaknya tak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.
‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”
Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dgn anaknya. Ternyata anak yg ‘tidak pandai’ ni telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur.
Dia tak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.
Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.
Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.
Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.
Tinggal di kawasan Kampung Pandan yg terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yg membawanya mengenali dunia seks dlm keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dgn mengajak menonton video Iucah. Pastinya didahulukan dgn kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.
Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yg lain sambung menyambung sehingga yg terakhir ini.
Ada yg mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yg tak tahu apa-apa ni terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yg sudahpun ada 2 isteri.
Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ni menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ni untuk memuaskan nafsu binatangnya.
Setelah saya kisahkan pd ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dlm keadaan dia sentiasa dlm ‘denial’- pura-pura tak nampak / tak mahu percaya.
Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yg ramai, ada yg punya masalah jiwa sedang dlm rawatan, anak dan menantu yg silih berganti bersalin dan beliau yg menjaga.
Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dlm sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat.
Dalam kesibukannya, dia tak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yg tak difahami dlm dirinya. Namun, dia tak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ni masih ‘baby’.
Namun ada mata-mata liar yg perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.
Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yg melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ni ada daging baru yg enak…
Lalu lelaki jahat ni akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….
Dan anak yg hidup dlm keluarga besar yg sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tak pandai ini, yg barangkali tak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…
Anak ni tak jahat. Dia tak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.
Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yg sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.
Beberapa ingatan yg melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.
#1. Bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.
#2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dgn pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dgn pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yg akan mengisi kekosongan itu nanti
#3. Keterlaluan dlm kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
#4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dlm program reproduksi pun ada yg tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
#5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yg palsu.
#6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan / haruman yg tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pd anak kita. Tanamkan sifat malu pd dirinya.
#7. Perbetulkan pakaiannya.
#8. Jagalah dia.
Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.
Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.
Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

source : http://apahell.blogspot.com, http://merdeka.com, http://reddit.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini

PENEMUAN MUMI DINASTY KE-17 DI MESIR