Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan

Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan
Jiran Dedah Cerita Sebenar Budak Diikat Kaki & Tangan | Jiran kanak-kanak berusia tiga tahun yg diikat pengasuhnya di Taman Seri Pinang, dekat sini, mendakwa budak malang itu diikat tiap kali pengasuhnya keluar rumah apabila mempunyai urusan.
Jiran mangsa yg enggan dikenali itu mendakwa, kanak-kanak itu pernah memberitahu ibunya dia diikat, tetapi ibunya sukar mempercayainya berkenaan kerana beranggapan pengasuh terbabit seorang yg baik.
“Bagaimanapun, disebabkan tak sedap hati, ibu kanak-kanak itu ke rumah pengasuh anaknya di blok sama, Selasa lalu.
“Dia terkejut apabila melihat anaknya dlm keadaan tangan diikat ke belakang dan kaki diikat terbaring atas lantai lalu mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, pengasuh berusia 39 tahun itu mengambil upah menjaga empat kanak-kanak berusia antara setahun hingga lima tahun termasuk mangsa yg didakwa nakal sehingga terpaksa diikat.
Jiran mangsa berkata, bayaran upah mengasuh bergantung kepada jumlah hari anak mereka dijaga, sama ada RM5 sehari / RM300 sebulan.
“Upah menjaga kanak-kanak itu lebih mahal kerana tinggal lebih lama dgn pengasuh berikutan ibunya bekerja kilang.
“Saya simpati melihat kanak-kanak itu letih apabila pulang ke rumah. Nakal macam mana pun, tak patut sampai ikat kaki dan tangan kerana dia masih kanak-kanak,” katanya.
Susulan laporan polis dibuat ibu mangsa, pengasuh terbabit direman tiga hari sehingga hari ni untuk siasatan lanjut. -Hmetro

Komentar

Postingan populer dari blog ini

PENEMUAN MUMI DINASTY KE-17 DI MESIR