Hantar Virus Ke Telefon, Wang Lesap Sekelip Mata (2 Gambar)
Hantar Virus Ke Telefon, Wang Lesap Sekelip Mata (2 Gambar) | Kuala Lumpur - Awas! Hanya dgn menekan satu klik pd pautan yg dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) / WhatApps, kesemua wang di dlm akaun bank anda mungkin akan lesap dlm tempoh tak sampai seminit.
Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yg dikesan menghantar sejenis virus / malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yg akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ni pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ni yg melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.
"Malware ni akan aktif apabila mangsa melakukan daftar masuk ke laman perbankan Internet pd telefon pintar mereka.
"Setelah berjaya daftar masuk, malware ni akan memaparkan pautan palsu yg meminta mangsa memasukkan pelbagai maklumat dan setelah semuanya selesai dlm tempoh kurang seminit, tanpa disedari program terbabit akan bertindak sebagai pencuri maklumat," katanya pd sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis JSJK Bukit Aman di sini hari ini.
Hamza berkata, sindiket terbabit dipercayai menghantar virus secara rambang namun majoriti mangsa ketika ni berada di Lembah Klang.
"Nilai kerugian yg paling banyak setakat ni ialah sebanyak RM10,000 yg berlaku di Bukit Merah, Perak," ujarnya.
Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan nombor telefon dari luar negara bagi menghantar virus.
Difahamkan, pihak polis turut mengesan seorang pemilik akaun yg menyimpan wang daripada mangsa-mangsa penipuan tersebut sebelum memindahkannya ke luar negara iaitu di Ukraine.
Dalam pd itu, Hamza menasihati orang ramai yg menggunakan perbankan Internet agar menggunakan perisian anti-virus dan anti-malware serta sentiasa mengemas kini aplikasi tersebut.
"Di samping itu, fikir sebelum memuat turun sebarang fail / program serta pastikan sumber tersebut adalah yg sebenar," ujarnya.- utusan.com.my
source : http://viva.co.id, http://liputan6.com, http://apahell.blogspot.com


Komentar
Posting Komentar